Fakulti veterinar “baru” yang memenuhi keperluan masyarakat masa kini.

Dalam masa 50 tahun ini, keperluan terhadap fakulti veterinar telah mengalami perubahan yang besar. Disebabkan peningkatan dalam mobiliti manusia dan barangan diperingkat antarabangsa, kategori pekerjaan veterinar terus berkembang, termasuklah di dalam bidang seperti mengambil tindakan terhadap penyakit berjangkit rentas sempadan pada haiwan ternakan/penyakit zoonotik(penyakit yang boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia), memastikan keselamatan produk makanan yang dieksport/diimport dan lain-lain lagi. Objektif penubuhan fakulti veterinar yang baru ini adalah untuk melatih sumber daya manusia yang mampu memenuhi keperluan masyarakat di dalam dan luar negara.

Apakah 4 ciri fakulti veterinar baru yang maju ini?

Pertama sekali, kami melatih secara serentak doktor haiwan di Jabatan Sains Veterinar, dan paraveterinar di Jabatan Kesihatan dan Kejururawatan Veterinar. Lapangan veterinar pada masa akan datang akan maju ke hadapan dengan kerjasama dari kedua-dua belah pihak ini. Yang kedua, kami membahagikan secara jelas kandungan pendidikan kepada 3 bidang bagi kedua-dua jabatan. Bermula dengan kurikulum teras di seluruh negara, pelajar akan beralih ke subjek pembelajaran lanjutan di 3 bidang berkenaan. 3 bidang di Jabatan Sains Veterinar ini membolehkan pelajar menjadi penyelidik farmaseutikal sains hayat, doktor haiwan awam atau doktor haiwan kerjasama perubatan-veterinar. 3 bidang di Jabatan Kesihatan dan Kejururawatan Veterinar pula membolehkan pelajar menjadi juruteknik/pengurus eksperimen haiwan, pekerja kerajaan dan pakar dalam bidang kejururawatan veterinar lanjutan. Yang ketiga adalah sistem baru yang menyelaraskan pembelajaran dan penyelidikan. Meskipun pembelajaran adalah berasaskan kursus, penyelidikan yang diadakan di sini adalah melangkaui pembelajaran berasaskan kursus dan membolehkan pelajar merasai pengalaman melakukan projek penyelidikan bertaraf dunia yang berorientasikan matlamat, dalam persekitaran makmal terbuka. Pelajar juga mengambil bahagian di dalam penyelidikan melalui penulisan tesis. Yang keempat, fakulti kami menempatkan tenaga pengajar sepenuh masa yang paling ramai di Jepun, iaitu seramai 87 orang. Tenaga pengajar seramai 75 orang di Jabatan Sains Veterinar dan 12 orang di Jabatan Kesihatan dan Kejururawatan Veterinar. akan bekerjasama dalam mendidik pelajar di kedua-dua jabatan. Kami melatih sumber daya manusia yang mampu bergiat aktif diperingkat “global”, memenuhi keperluan di peringkat antarabangsa disamping berupaya untuk menyumbang kepada perindustrian dan perkembangan ekonomi tempatan pada masa yang sama.
Anda dijemput untuk bersama-sama menyertai kami dalam membina fakulti veterinar baru yang dilengkapi dengan persekitaran pembelajaran yang unggul di kampus kami di Imabari.

Pusat Pendidikan & Penyelidikan Perubatan Veterinar Antarabangsa

Pusat Pendidikan & Penyelidikan Perubatan Veterinar Antarabangsa , mempunyai objektif untuk mewujudkan network (rangkaian) bertujuan menghubungkan pendidikan dan penyelidikan di antara universiti-universiti dan agensi-agensi berkaitan perubatan veterinar , dengan cara mengumpulkan maklumat berkaitan perubatan veterinar yang berkepakaran tinggi dari dalam dan luar Jepun dan selepas menyuntingnya , maklumat akan dikongsi melalui laman web dan lain-lain. Dengan objektif yang sama , kami juga akan menganjurkan simposium , persidangan , mesyuarat penyelidikan dan sebagainya yang berkaitan dengan bidang perubatan veterinar di dalam dan luar negara.
Di samping itu , bertujuan memupuk kemahiran yang diperlukan oleh Pakar Veterinar dan VPP (Veterinary Para Professional) untuk menceburi bidang baru , dan untuk mempromosikan penyelidikan sains hayat dan pendidikan dan penyelidikan veterinar awam yang memerlukan tindak balas global, kami akan membina sistem yang boleh menyediakan bahan pengajaran secara On-Demand dengan cara mengumpul dan menyunting maklumat yang relevan , menjadikan ia sebagai pangkalan data.

Tugas-tugas Pusat

1.Penyebaran Maklumat

Mengumpulkan maklumat berkaitan perubatan veterinar dari dalam dan luar negara, menyuntingnya dan menyebarkan ia melalui laman web.

2.Pembangunan Perhubungan Antarabangsa

Bertujuan untuk meningkatkan kualiti para pendidik perubatan veterinar antarabangsa, dan untuk membina perhubungan dengan agensi-agensi dan universiti-universiti perubatan veterinar di luar negara, kami menghantar guru-guru ke agensi-agensi sebegini. Kami juga menghantar guru-guru untuk menghadiri persidangan antarabangsa yang dianjurkan di dalam negara.

3.Penganjuran Simposium

Mengambil kira perhubungan serantau, Pusat ini juga menganjurkan simposium berkaitan perubatan veterinar sebagai tuan rumah.

4.Pembangunan Pendidikan Perubatan Veterinar Antarabangsa

Kami mewujudkan pangkalan data yang boleh digunakan secara On-Demand, mengandungi bahan-bahan pengajaran yang telah dikumpulkan atau dibuat sendiri oleh kami, berkaitan dengan pendidikan perubatan veterinar antarabangsa.

Copyright ©2019 OKAYAMA UNIVERSITY OF SCIENCE.
All Rights Reserved.